Isnin, 28 Mei 2012

ADAKAH AKAL DAN AGAMA WANITA KURANG BERBANDING LELAKI

       Dari Abu Hurairah yang berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: Mintalah nasihat tentang wanita kerana wanita diciptakan dari tulang rusuk. Yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah bahagian atas. Jika engkau ingin meluruskannya maka ia akan patah. Jika kau biarkan, maka ia akan tetap bengkok.

       Ibnu Manzhur berkata: Akal adalah ketetapan dalam menanggapi permasalahan. Ibnul Anbari mengatakan: Orang yang berakal adalah orang yang dapat menggabungkan urusan dan pendapatnya. Akal berbeza dengan kecerdasan. kadang-kadang ada wanita yang lebih cerdas dari lelaki , atau lelaki lebih cerdas dari wanita. Akan tetapi secara umum kaum lelaki lebih berakal daripada wanita maksudnya lebih tegar dan kukuh pendirian dalam segala keadaan. Hal ini disebabkan oleh tabiat umum kaum wanita yang memiliki kelembutan dan selalu dikuasai oleh perasaannya.Wanita adalah tabiatnya mudah terpengaruh oleh keadaan, selalu dikuasai oleh perasaan,sensitif, bersifat lebih penyayang dan menyintai. Ini adalah perbezaan kejiwaan dan biologi yang membuatkan wanita berbeza dibandingkan dengan lelaki, di samping wanita juga berbeza dengan lelaki dalam organ tubuh dimana ia mengalami nifas, hamil melahirkan dan menyusui yang membuat ia lebih mudah bertindak balas terhadap perasaan yang menyulitkan kaum perempuan untuk menahan perasaannya dan mengawal sikapnya. Dan inilah makna kurang akal pada kaum wanita, yang bererti kurang aktiviti akal pada kaum perempuan kerana pengaruh hal-hal tersebut.401426_287443314638992_189369451113046_773961_493167355_s

Tiada ulasan: