Sabtu, 6 Ogos 2011

KUASA YANG PERLU ADA PADA DIRI KITA.

1.PERCAYA
  • Percaya pada kekuatan yang ada pada diri kita.
  • Percayalah masalahlah yang membuat kita bertahan dan berTuhan.
  • Percaya tiada yang mustahil dalam dunia ini.
  • Percaya kita boleh mencipta sejarah baru dalam keluarga kita.
  • Percaya kita boleh keluar dari segala kesulitan yang kita alami.
  • Percayalah yang jatuh itu biasa, TAPI bangkit itu luar biasa.
  • Biar seluruh dunia kata kita tidak boleh, yang penting kita percaya kita boleh.
2.ISTIQAMAH
  • Istiqamah dalam melakukan perniagaan, apa yang penting kita buat dan terus buat.
  • Walau berkali-kali kita jatuh tidak menjadi masalah, yang penting berapa kali kita bangkit setelah terjatuh.
  • Buang segala kepercayaan karut yang membelenggu fikiran kita.
  • Lebih baik kita mencuba lalu gagal daripada kita gagal untuk mencuba.
  • Setiap kali kita jatuh pastikan kita bangun semula.
  • Serahkan selebihnya pada yang Esa.
  • Biarlah Dia melaksanakan tugasnya. BILA? Biarlah Dia yang tentukan.
3.SABAR
  • Bila ada orang yang memperkecilkan kita, SABAR.
  • Bila kita dicemuh SABAR.
  • Bila orang kata kita melakukan kerja yang sia-sia SABAR.
Firman Allah s.w.t :
"Demi sesungguhnya!kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar".
(SURAH AL-BAQARAH AYAT:155)