Ahad, 11 Disember 2011

Generasi Al-Quran

Mengikut kajian, terdapat ramai orang yang ingin belajar membaca Al-Quran. Mereka ini adalah daripada golongan yang berumur dan ramai juga yang masih muda seperti kanak-kanak & remaja. Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan belajar Al-Quran di madrasah-madrasah dan surau-surau, manakala golongan yang berumur akan belajar di masjid atau di rumah dengan mengupah ustaz peribadi sebagai 'home tutor' kepada mereka.

Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa ramai golongan berumur ini menghadapi pelbagai halangan & rintangan untuk belajar membaca Al-Quran. Antaranya ialah:

1) Suasana pembelajaran di masjid-masjid biasanya tidak selesa bagi kebanyakan golongan berumur ini. Ini kerana kelas bacaan Al-Quran biasanya dihadiri oleh ramai peserta. Mereka berasa malu untuk membaca di hadapan peserta-peserta lain kerana bimbang akan melakukan kesilapan ketika membaca Al-Quran.

2) Golongan berumur ini juga berasa malu untuk meminta guru mengulang kembali ayat yang sama beberapa kali walaupun mereka tidak jelas tentang cara bacaan yang betul. Ini akhirnya akan menyebabkan mereka tidak dapat belajar secara sempurna.

3) Faktor lokasi masjid yang mungkin jauh bagi sesetengah orang juga boleh menyebabkan golongan berumur ini membatalkan niat mereka untuk belajar Al-Quran di masjid. Tidak semua orang mampu untuk mengupah ustaz / ustazah sebagai 'home tutor' mereka.
Justeru kita melihat bahawa golongan berumur ini mempunyai hasrat untuk mempelajari Al-Quran, namun mereka tidak mampu mendapatkan kemudahan yang sewajarnya dalam industri pembelajaran Al-Quran.
Sebagai alternatif buat mereka yang ingin belajar & menghayati Al-Quran, memperkenalkan satu gajet terbaru yang dikenali sebagai Pen Al-Quran Digital. Ia dihasilkan sebagai salah satu alternatif buat mereka yang ingin belajar Al-Quran dengan menggunakan teknologi terkini. Ia amat mesra pengguna dan mudah digunakan oleh semua peringkat umur.
Dapatkan maklumat lanjut di sini:
http://www.myqurandigital.com/index.php?ref=izzatiey

Sabtu, 6 Ogos 2011

KUASA YANG PERLU ADA PADA DIRI KITA.

1.PERCAYA
  • Percaya pada kekuatan yang ada pada diri kita.
  • Percayalah masalahlah yang membuat kita bertahan dan berTuhan.
  • Percaya tiada yang mustahil dalam dunia ini.
  • Percaya kita boleh mencipta sejarah baru dalam keluarga kita.
  • Percaya kita boleh keluar dari segala kesulitan yang kita alami.
  • Percayalah yang jatuh itu biasa, TAPI bangkit itu luar biasa.
  • Biar seluruh dunia kata kita tidak boleh, yang penting kita percaya kita boleh.
2.ISTIQAMAH
  • Istiqamah dalam melakukan perniagaan, apa yang penting kita buat dan terus buat.
  • Walau berkali-kali kita jatuh tidak menjadi masalah, yang penting berapa kali kita bangkit setelah terjatuh.
  • Buang segala kepercayaan karut yang membelenggu fikiran kita.
  • Lebih baik kita mencuba lalu gagal daripada kita gagal untuk mencuba.
  • Setiap kali kita jatuh pastikan kita bangun semula.
  • Serahkan selebihnya pada yang Esa.
  • Biarlah Dia melaksanakan tugasnya. BILA? Biarlah Dia yang tentukan.
3.SABAR
  • Bila ada orang yang memperkecilkan kita, SABAR.
  • Bila kita dicemuh SABAR.
  • Bila orang kata kita melakukan kerja yang sia-sia SABAR.
Firman Allah s.w.t :
"Demi sesungguhnya!kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar".
(SURAH AL-BAQARAH AYAT:155)
   
        
     

Khamis, 4 Ogos 2011

TEKNIK PEMASARAN

MENJEMPUT PROSPEK
  • Membina kredibiliti dan kepercayaan prospek terlebih dahulu dengan berkongsi maklumat dan informasi. Apabila anda dapat membina kepercayaan dan kredibiliti, downline juga dapat membina perniagaan yang lebih baik.
  • Jangan mendesak atau memaksa prospek untuk join program anda.
  • Sampaikan mesej dengan jelas.
  • Pastikan prospek memberi tumpuan.
  • Timbulkan rasa ingin tahu pada prospek anda.
  • Jangan mengambil masa terlalu lama.
MENJUAL
  • Dapatkan testimonial ke atas diri sendiri untuk dijadikan contoh.
  • Yakin dengan produk yang dijual.
  • Mendalami pengetahuan tentang produk.
  • Menjawab pertanyaan dan ketidakpuasan hati pelanggan.
  • Tidak membuat kenyataan salah atau palsu tentang produk.
  • Sentiasa bersedia dengan alat-alat penting seperti pen,borang, kertas,sampel produk,buku,artikal, produk dan lain-lain.
TEKNIK JUALAN
  • Mulakan menjual kepada kenalan terdekat.
  • Membuat senarai prospek.
  • Mencari masa yang sesuai.
  • Tanamkan minat untuk membeli.
  • Buatkan pelanggan berasa mereka penting dengan memfokuskan keperluan mereka.
  • Melakukan khidmat susulan selepas jaulan.
MENAJA.
  • Pastikan bakal tajaan anda menjadi ahli atas minatnya pada penerangan anda bukan secara paksaan.
  • Kenali prospek anda.
  • Menerangkan tentang MLM dan faedahnya.
  • Menerangkan tentang syarikat.
  • Menerangkan tentang peluang perniagaan(Bagaimana untuk mendapatkan imbuhan).
  • Ceritakan tentang orang yang berjaya dalam syarikat.
  • Mengendalikan penolakan.
  • Memberi alternatif yang boleh memberi manfaat kepadanya.
MEMBERI SERVIS.
  • Membuat follow up selepas beberapa hari menjual atau menaja.
  • Memastikan cara penggunaan produk yang betul.
  • Menawarkan imbuhan untuk belian seterusnya.
  • Memberi motivasi dari masa ke semasa.
  • Membantu mengatur strategi bagi pelan tindakan.
  • Memastikan mereka tahu tentang maklumat aktiviti dan promosi syarikat.
MEMBINA KUMPULAN.
  • Mengenalpasti bakat pemimpin tajaan anda
  • Melatih pemimpin dan kumpulan tajaannya.
  • Membina tali persaudaraan yang rapat.
  • Sentisa memberi semangat dan kata-kata perangsang.

KESILAPAN TANGGAPAN MENGENAI MLM

Ramai yang berpendapat MLM adalah jualan langsung atau direct selling. Memang tidak dinafikan jualan langsung dibenarkan dalam MLM, tetapi tanggapan yang konsep MLM dan direct selling adalah sama itu silap sama sekali

Selasa, 2 Ogos 2011

Cara Memilih Perniagaan MLM

Untuk menjalankan perniagaan MLM dan bertahan lama dengan satu syarikat MLM kita perlu memilih tiga kriteria ini:
    
1.Syarikat.
  • Mestilah Syarikat yang kukuh.
  • Mempunyai Misi dan Visi yang jelas.
  • Mempunyai kepakaran teknologi yang unggul.
  • Menawarkan latihan dan bantuan teknikal.
  • Telah melahirkan ramai usahawan berjaya.
2.Produk.
  • Jaminan halal,suci dan bersih oleh JAKIM.
  • Produk sepanjang zaman.
  • Formulasi yang berkesan.
  • Harga berpatutan dengan nilai yang tinggi.
  • Mempunyai testimoni yang berkesan.
  • Produk yang berkualiti dan diguna pakai.
3.Pelan Pemasaran.
  • Asas rangkaian yang kukuh.
  • Kepelbagaian bonus.
  • Mengguna/Menjual produk.
  • Menaja Prospek menyertai rangkaian.
  • Pulangan imbuhan yang menarik.
  • Mempunyai servis yang terbaik kepada rakan usahawan.
  • Tiada pemisah kumpulan.